skip to main |
skip to sidebar

00.09

awan
- Malam 1: Diampuni dosa-dosa orang
mukmin pada malam pertama seperti halnya ia baru dilahirkan, mendapat
pengampunan dari Allah.
- Malam 2: Diampunkan dosa-dosa
orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya
mereka orang beriman).
- Malam 3: Berseru Malaikat di
bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
- Malam 4: Memperolehi pahala ia
sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur,
Injil dan Al-Quran.
- Malam 5: Allah kurniakan baginya
pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan
Masjidil Aqsa.
- Malam 6: Allah kurniakan pahala
kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu
malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan
supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawih pada malam ini.
- Malam 7: Seolah-olah ia dapat
bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh
ketatnya Fi’raun dan Hamman.
- Malam 8: Allah mengurniakan
pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada
Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
- Malam 9: Allah kurniakan pahala
dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
- Malam 10: Allah Subhanahuwata’ala
mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
- Malam 11: Keluar ia daripada dunia
(mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
- Malam 12: Datang ia pada hari
Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
- Malam 13: Datang ia pada hari
Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
- Malam 14: Datang Malaikat
menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya
pada hari Qiamat.
- Malam 15: Semua Malaikat yang
menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah
mengampunkan.
- Malam 16: Allahsubhanahuwata’ala
tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
- Malam 17: Allah kurniakan orang
yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
- Malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba
Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau
(yang masih hidup atau mati).
- Malam 19: Allah Subhanahuwataala
tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
- Malam 20: Allah kurniakan
kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
- Malam 21: Allah binakan sebuah
istana dalam Syurga daripada nur.
- Malam 22: Datang ia pada hari
Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam
keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
- Malam 23: Allah subhanahuwataala
binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
- Malam 24: Allah buka peluang 24
doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa
ketika dalam sujud).
- Malam 25: Allah Taala angkatkan
daripadanya siksa kubur.
- Malam 26: Allah kurniakan kepada
orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
- Malam 27: Allah kurniakan orang
bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim
seperti kilat menyambar.
- Malam 28: Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
- Malam 29: Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
- Malam 30: Allah SWT memberi
penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini dan sangat di
istimewakan, lalu Allah SWT berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis
buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau daripada air surga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikarniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.
-
-
- " SALAM MIRNATION LOFERS "
0 komentar:
Posting Komentar